Ahad, 5 Februari 2012

Kurniaan Allah yg maha pemurah




sedang di tahnik oleh dato mufti...

Assalamualaikum...
rasanya sudah lama saya tak update blog ini....hari ni entah mcmana terasa nak tulis sedikit catatan sekadar berkongsi dengan yg sudi membaca...

Tanggal 23 Disember yg lalu adalah hari paling bermakna dalam hidup ini....setelah usia perkahwinan 8 tahun .. Allah taala baru mengurniakan kami seorang cahaya mata lelaki ...setelah pelbagai ujian dan dugaan segalanya kami terima dengan redha..yakin pada qada dan qadarnya...dialah yg menentukan segalanya.. dialah yg memberikan segalanya....

berkat ikhtiar dan usaha ..berserta doa yg tak pernah putus... alhamdulillah.. allah kurniakan juga....seorang anak yg diberi nama Muhammad hamdiy...

semoga anak dan amanah ini akan menjadi anak yg soleh, hamba Allah yg beriman dan bertaqwa yg dapat memberikan sumbangan untuk perjuangan islam....aminnnn

Rabu, 30 Mac 2011

KEMBALI KE GEDUNG ILMU


Tahun 2011 ini ,kiranya agak sibuklah sikit berbanding tahun sebelumnya,sebab saya menyambungkan pelajaran di Universiti Insaniah Alor Setar, bukannya apa..... setelah 6 tahun mengajar di SK Kuala Kupang sebagai guru Bahasa Arab. ... rasa masih banyak kekurangan yang ada dalam diri ni...


setelah berfikir panjang mencari tempat manakah yang paling sesuai ... jadi saya pilih lah INSANIAH.. sebab selain menuntut ilmu .. saya nak menambahkan penguasaan BAHASA ARAB.. dan Kaedah-kaedah pengajaran Bahasa Arab...

Mulanya fikir nak tunggu Insaniah buka kat Kuala Ketil baru nak sambung.. sebab dekat aja dengan rumah... dalam 15 KM aja... tapi sebab dok tengah bersemangat lani.. sambung ajalah kat Alor Setar walaupun sejauh 90 KM....


Alhamdulillah.. sekarang saya dah di akhir semester pertama...bermula 17 April Imtihan akan bermula dan berakhir pada 3 MEI... banyak ilmu yang saya dapat dari pensyarah-pensyarah... kelas Bahasa Arab Tak ramai pelajar.. jadi peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan Pensyarah terutama Pensyarah Arab....

Walaupun sibuk dengan kelas dan menyiapkan Bahas... tugas Utama di sekolah tetap diutamakan tanpa di abaikan.....memang la letih .. sebab abih kelas pukul 1.15 pastu terus bertolak ke Alor Setar... balik pula maghrib baru sampai rumah. 3 kali seminggu.....walaupun letih ....tapi ada kepuasan ....

semoga segala ilmu yang ada dapat dikongsi bersama untuk semua... terutama untuk anak-anak didikku di sekolah.....

Sabtu, 6 November 2010

KEM BINA JUARA DAERAH BALING SIK TAHUN 2010

ADRIANA ATHIRAH ( KE TIGA HIWAR ) DARI SK KUALA KUPANG
MOHD KHAIRUDDIN JALALI ( JOHAN KHAT ) DARI SK KUALA KUPANG


JAWATANKUASA PROGRAM KBJ DAERAH

BERSAMA USTAZ MOHD KHAIRI SHAARI
( PENGGERAK UTAMA J-QAF BALING SIK )




GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KEM BINA JUARA DAERAH BALING SIK TAHUN 2010

Sabtu, 24 Julai 2010

BERSAMA IMAM MUDA HIZBUR RAHMAN OMAR ZUHDI

Bersama YB Cikgu Md Zuki
Bersama Mursyid Ust Shahrizan dan Tuan Imam Masjid parit panjang








Gambar kenangan ini di ambil sempena kepulangan Imam Muda Hizbur Rahman ke Kampungnya Pondok Lanai Parit panjang untuk menyelesaikan tugasan akhir yang akan di nilai untuk menentukan siapakah Imam Muda Terunggul antara beliau dengan Asyraf.Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hizbur yang telah berjaya hingga ke peringkat akhir..

Sabtu, 14 November 2009

KURSUS PENDEDAHAN HURAIAN SUKATAN B. ARAB TAHUN 3











Ahad 15 November 2009
Hari ini kursus Pendedahan Huraian Sukatan Bahasa Arab Tahun 3 peringkat Daerah Baling Sik diadakan di PKG Kuala Pegang bermula jam 8.00 pagi hingga 4 petang.

Isnin, 9 November 2009

KEM LITERASI AL-QURAN DAERAH BALING SIK 2009



ISNIN 9 NOVEMBER 2009

Kem Literasi Al-Quran peringkat daerah Baling sik dijalankan selama 2 hari 8-9 November di Masjik Kg Tok Kaya PUlai Baling, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan peningkatan tahap bacaan murid yang berjaya dicapai.

Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Musa Jayyid ( Penolong Pengarah Pendidikan teras) Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Jumaat, 9 Oktober 2009

KE KUALA LUMPUR

RESTORAN SATAY KAJANG HJ SAMURI MELATI
BUDAK KAMPUNG MASUK BANDAR...
MANA ADA MCM NI KAT LANAI.


DI BALAI PELEPASAN KLIA

SEMPAT JUGA AKU AMBIL GAMBAR DENGAN MUKA LETIH

KHAMIS 8 OKTOBER 2009

Hari ini aku bersama isteri serta anak saudara ( mursyida) ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi, kami bertolak pada jam 4 petang dan sampai jam 9.30 malam. Setibanya di Kondominium Melati kami terus ke KLIA untuk menghantar Abg Jamil ke Qatar.
TGH Jumaat. Aku bersama isteri ke Universiti Malaya untuk menyelesaikan proses penyerahan tesis Masternya. Pada jam 5 ptg kami ke Pesta Konvo UIA dan pulang jam 7.30 petang. Malamnya pula kami menikmati satay Kajang Hj. Samuri.. lazattttttt.